Khamis, 9 Februari 2012

bio bunk-face

Bunkface ialah sebuah kumpulan muzik punk rock yang diasaskan di KlangSelangor, pada tahun 2005, terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar Sam Baharom, pemain gitar bes serta penyanyi latar Youk (Farouk Jaafar), pemain gitar utama Paan (Ahmad Farhan), dan pemain dram Biak. Biak kemudiannya digantikan dengan Ejam Coda. Bunkface mula mencapai populariti melalui lagu dalam EP Lesson of the Season mereka iaitu Silly Lily dan Situasi. Semua peminat mereka digelar Bunker.. 



Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, . Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak.
Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya, yang mana Piko dari kumpulan Marionexxes juga bertindak selaku pengurus acara, majalah muzik ROTTW turut sama menaja acara itu. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, Piko telah mencadangkan Bunkface kepada komuniti muzik Internet Demoplanet.tv untuk menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan